kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Petronas Latih 168 Pelajar Universiti Tingkat Kemahiran Digital

petronas

 

KOTA KINABALU, 15 April (Bernama) -- Petronas melatih 168 pelajar dari empat institusi pengajian tinggi di Sabah dalam peningkatan kemahiran digital menerusi Petronas BeDigital Bootcamp, yang diperkenalkan tahun lepas.

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Datuk Bacho Pilong berkata program yang disusun itu adalah untuk membantu peserta meningkatkan pengetahuan digital mereka serta kemahiran mereka dalam komunikasi dan mengendalikan temu duga dengan lebih yakin.

 

“Selepas kejayaan kohort pertama dan kedua pada tahun lepas, tidak hanya peningkatan dalam bilangan pelajar bagi setiap kohort pada tahun ini, tetapi juga kejayaan menganjurkan program itu di Sarawak, Terengganu dan Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Edisi ketiga program itu dijalankan di Kota Kinabalu bulan lepas berjaya menarik penyertaan 100 pelajar universiti tempatan.

Beliau berkata dua kohort pertama yang dianjurkan tahun lepas, disertai 68 pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), University College Sabah Foundation (UCSF) dan Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC).

Daripada dua kohort itu, sejumlah 34 pelajar ditawarkan pekerjaan oleh Petronas Group, Sabah Energy Corporation (SEC) dan Tata Consultancy Services Malaysia Bhd.

Bacho berkata acara pada tahun ini menyaksikan pembabitan rakan kongsi tambahan termasuk FPT Software Malaysia Sdn Bhd, Asian Supply Base Sdn Bhd dan Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

Turut mengambil bahagian adalah Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) Holding Bhd (Petronas Group), KLCC Urus Harta Sdn Bhd, Petrosains Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd (Sabah Asset).

Sebanyak 39 peserta menerima tawaran kerja bersyarat daripada beberapa rakan kongsi berkenaan.

Beliau berkata BeDigital Bootcamp seterusnya yang dijadual dianjurkan pada Ogos dan September 2023 akan disertai pelajar dari Sarawak, Kelantan dan Terengganu.

Sumber :  BERNAMA. Pautan : BERNAMA

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.