kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Technical Working Group Indeks Budaya Sukan Malaysia 2023 TWG IBSM'23

 

TWG   Bangi

 

BANGI, 11 Mei 2023 - Bengkel Technical Working Group Indeks Budaya Sukan Malaysia 2023 (TWG IBSM'23) telah selesai dilaksanakan bertempat di Bangi Hotel Resort, Selangor. Bengkel ini merupakan satu platform bagi mendapatkan input, idea dan cadangan peserta berkaitan perancangan strategik program/ aktiviti yang dilaksanakan merentas Kementerian/ Agensi pelaksana ke arah meningkatkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sukan, senaman dan rekreasi serta peningkatan skor IBSM dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah menyebarluas dapatan data Indeks Budaya Sukan Malaysia dari tahun 2021; mengumpulkan idea, pandangan serta cadangan daripada peserta bagi menambahbaik aktiviti/ program penglibatan rakyat Malaysia dalam membudayakan sukan, serta mengumpul input untuk menyokong strategi KBS sebagai agensi pelaksana teras menggalakkan sukan untuk kehidupan aktif dan sihat dalam RMKe-12.

YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah menyampaikan ucapan aluan kepada peserta bengkel yang hadir terdiri daripada Wakil Kementerian, Agensi, Non-Government Organization (NGO), Persatuan Sukan, Syarikat Korporat, pemain industri serta lain-lain pemegang taruh yang berkaitan dengan pembangunan sukan massa di Malaysia bagi pelaksanaan TWG IBSM2023.

Outcome melalui bengkel ini adalah untuk meningkatkan kerjasama strategik antara IYRES dan kementerian jabatan/ agensi/NGO dalam merencana penglibatan rakyat Malaysia ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. Seterusnya, pemegang taruh belia dapat melaksanakan program-program pembangunan sukan dengan lebih strategik berpandukan dapatan IBSM. Akhirnya, dapatan data pencapaian budaya sukan rakyat Malaysia akan lebih mudah dicapai mengikut sasaran yang ditetapkan.

#TeamIYRES
#IlmuAmalImpak
#TWGIBSM23

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.