kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERNAS BAKAL LANCAR PROGRAM BAHARU SASAR PESARA, BELIA DAN WANITA

 

PERNAS BAKAL LANCAR PROGRAM

 

PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) - Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) bakal melancarkan program baharu yang memberi keutamaan kepada golongan pesara, beliadan wanita pada Jun ini. Pengarahnya, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, berkata inisiatif tersebut adalah selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalamusaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang terkesan dengan ekonomi global masa kini.

" Di mana program ini akan kita perkenalkan kepada golongan yang tersasar seperti pesara kerajaan yang membabitkan anggota tentera, belia-belia lepasanuniversiti agar mereka boleh melihat usahawan atau perniagaan francais ini salah satu bidang pekerjaan selain makan gaji.

" Selain itu, kita juga cuba untuk targeted segment bagi kaum wanita iaitu kaum ibu yang berada di rumah supaya mereka juga boleh menyertai francais-francais yangkita ada untuk menjana pendapatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfi tri Pernas di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini pembiayaan bagi program berkenaan masih dalam penelitian pihak Pernas dengan mengambil kira bilangan penyertaan yang bolehmenyertai program tersebut.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menterinya, K. Saraswathy dan KetuaSetiausaha Kementeriannya, Datuk Seri Suriani Ahmad serta Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin.

Dianggarkan seramai 2,000 jemputan yang hadir terdiri daripada rakan-rakan strategik dan perniagaan serta kementerian bersama agensi dengan bertemakan 'Manisnya Syawal'.
Abu Bakar berkata istimewanya rumah terbuka tersebut adalah para tetamu disajikan dengan produk makanan dan minuman daripada jenama francais dan pra-francais di bawah Pernas.

" Antara produk francais yang terlibat dalam rumah terbuka ini adalah Gloria Jean's Coffee dan 1901. Selain itu tetamu juga berpeluang merasai keenakan makanandan minuman daripada usahawan program Business in Transformation (BIT) Pernas iaitu MD Putu Bambu World, Mr Tako dan Old Time Sekuang," katanya.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.