kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sektor Ladang Perlukan Sentuhan Belia

20230627 belialadang

 

KUALA TERENGGANU: Golongan belia disaran menceburi sektor perladangan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembabitan golongan belia ketika ini masih rendah dan mereka juga digalakkan memodenkan sektor berkenaan dengan memfokuskan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi.

Katanya, mereka juga disarankan terbabit dengan penyelidikan bagi memastikan mereka bukan sahaja boleh menggunakan mesin tetapi boleh menciptanya untuk digunakan dalam sektor perladangan seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya.

"Kalau ini kita dapat modenkan, Insya-Allah, kita akan dapat tingkatkan produktiviti (dan) dengan peningkatan produktiviti ini (juga) gaji mereka juga akan bertambah (dan) pendapatan syarikat bertambah.

"Yang lebih penting lagi ialah penoreh dan pekebun-pekebun kecil kita (kerana) yang ada sekarang ini generasinya (seperti) generasi saya (yang) umur 60 tahun ke atas (yang) mungkin nak memanjat bukit, menoreh pun tak larat.

"Jadi, kita perlukan generasi muda ini berkecimpung untuk mengusahakan kebun-kebun mereka yang ada ini," katanya.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sembang Santai Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.

Fadillah berkata, sektor perladangan kini turut menawarkan pendapatan yang lumayan berdasarkan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki mereka.

"Gaji bergantung dengan kita punya pengetahuan dan juga kemahiran (dan) kalau kita ada kemahiran saya kira Insha-Allah, mereka akan dibayar gaji setimpal dengan kemahiran yang ada pada mereka," katanya.

Terdahulu, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menubuhkan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang merupakan institusi induk berperanan untuk menerajui serta menyelaras kursus dan program latihan kemahiran pusat latihan agensi-agensi di bawah satu organisasi.

Ia melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN).

 

Sumber : Berita Harian

Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.