kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Peruntukan RM100 juta untuk tingkatkan sosioekonomi masyarakat India

20230704 belia india

 

KUALA LUMPUR: Peruntukan dana RM100 juta diterima Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dimanfaatkan untuk pendidikan, mencipta jaminan pekerjaan dan kesihatan bagi peningkatan sosioekonomi masyarakat itu sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, Datuk R Ramanan, berkata untuk sektor pendidikan, pemberian subsidi sebanyak RM20 juta termasuk pembayaran yuran semester untuk penuntut Universiti Awam (UA) dalam kalangan B40 yang membabitkan 10,000 pelajar.

"Dalam perancangan, kita juga akan buka untuk pelajar universiti swasta (Program Subsidi Bantuan Pengajian di Universiti).

"Selain itu bagi golongan kanak-kanak, MITRA dengan kerjasama Google Malaysia melakukan inisiatif Program Bantuan Komputer Riba untuk Makmal Komputer Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan mensasarkan kepada 527 sekolah membabitkan pembekalan 6,000 komputer riba.

"Program dengan anggaran kos RM3 juta itu akan memberikan akses dan peluang lebih terbuka kepada penyertaan murid menjayakan aspirasi kerajaan dalam bidang informasi, komunikasi dan teknologi (ICT)," katanya ditemui selepas lawatannya ke Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarang Kumpulan Harian Metro (HM), Husain Jahit, Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan.

Menurut Ramanan, Program Lesen Penyelenggaraan Pesawat pula memberi peluang kepada seramai 100 belia India B40 dilatih untuk menjadi Juruteknik Bertauliah dengan pensijilan dan lesen daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan diberikan penempatan kerja apabila tamat latihan nanti.

"Program latihan berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Weststar Aviation Services (WASSB) iaitu peneraju dalam industri penerbangan serantau di mana anggaran kos keseluruhan program adalah sebanyak RM5.5 juta.

"MITRA turut melaksanakan Program Teknikal Operasi Dron dan Perkhidmatan Data serta Program Kemajuan Automasi Elektrik (EAAP).

"Ia adalah inisiatif kerjasama SG Education Group yang adalah Organisasi Latihan Juruterbang Jauh (RPTO) dan diiktiraf CAAM serta badan bertauliah dalam mengendalikan Program Kenderaan Elektrik (EV).

"Melalui program berkenaan, seramai 150 belia India B40 akan menyertai program Operasi Dron dan Perkhidmatan Data manakala 250 belia India B40 akan menyertai EAAP untuk dilatih menjadi juruteknik EV.

"Program latihan dan pensijilan ini juga dilengkapi penempatan jaminan kerja dengan gaji asas permulaan sekurang-kurangnya RM3,000. Anggaran kos keseluruhan program adalah sebanyak RM4.3 juta," katanya.

Beliau berkata, daripada segi subjek kesihatan, pihaknya juga memberi bantuan kepada 900 pesakit dialisis dalam kalangan B40 yang membabitkan hampir RM9 juta menerusi Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA.

Untuk rekod, MITRA adalah agensi yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mereformasi dasar pembangunan sosioekonomi masyarakat India untuk berada seiring dengan masyarakat lain di Malaysia.

 

Sumber : Berita Harian

Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.