kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Golongan Muda Perlu Digalakkan Ceburi Sektor Tenaga Boleh Baharu - Amir Hamzah

 

Menteri Kewangan II

 

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) - Golongan muda perlu digalakkan untuk menceburi sektor tenaga boleh baharu (TBB) yang dapat membantu usaha kerajaan mempercepat peralihan tenaga negara.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyarankan agar golongan berkenaan untuk memanfaatkan peluang daripada inisiatif kerajaan yang turut mendorong peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor TBB.

Ini juga sejajar dengan pendirian Malaysia yang komited untuk menurunkan impak jejak karbon dan usaha berkenaan perlu disambut baik oleh syarikat-syarikat tempatan, kata beliau.

“Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional yang membolehkan syarikat-syarikat mengambil peluang untuk berganjak kepada TBB.

“Usaha kerajaan itu termasuk memberikan akses pembiayaan melalui sistem perbankan yang mana bank-bank memperkenalkan pembiayaan hijau. Pihak bank(terbabit) juga telah memberi komitmen pembiayaan melebihi RM200 bilion bagi menggalakkan peralihan industri kepada ekonomi rendah karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi forum bertajuk “Accelerating Malaysia’s Sustainable Future” sempena program Youth Empowermen tFair 2024 (YEF 2024) di sini, hari ini.

Terdahulu pada forum itu, Amir Hamzah turut berkongsi usaha Bank Negara Malaysia menyediakan dana RM892 juta bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana(PMKS) di bawah Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) untuk memudahkan mereka beralih kepada model perniagaan yang rendah karbon.

“Secara ringkasnya, kerajaan berusaha dari segi penetapan dasar, menyediakan kemudahan serta insentif dan seterusnya memastikan pasaran turut melaksanakan(perkara itu)," katanya.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.