kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

2,000 Peluang Pekerjaan Disediakan Pada Program Madani Rakyat Zon Tengah

 

peluang pekerjaan disediakan pada program madani rakyat zon tengah

 

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) - Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan disediakan pada Karnival Kerjaya bersempena dengan Program MADANI Rakyat ZonTengah yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Februari ini di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Program Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Mohd Zammidi Mohd Asri berkata karnival itu akan dibawakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk memberi peluang orang ramai mendapatkan pekerjaan bersesuaian.

“Orang ramai yang hadir boleh terus menjalani temu duga di tempat yang disediakan dan sekiranya ada calon yang berjaya mereka juga akan terus ditawarkan pekerjaan berkenaan,” katanya dalam temu bual di Bernama Radio hari ini.

Selain itu, Mohd Zammidi berkata KSM juga akan menawarkan program advokasi dan promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai satu daripada elemen penting dalam pendidikan negara.
Menurut Mohd Zammidi, Program MADANI Rakyat ialah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bertujuan menyebar luas dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata program itu juga merupakan wadah untuk membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menambah baik mutu perkhidmatan.

Menurut Mohd Zammidi, sebanyak 100,000 orang dijangka menghadiri program tiga hari itu dan beliau berharap pengunjung dapat mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan trafik di kawasan berkenaan lancar.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.