kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Jelajah Pelan Transisi Umur Belia MAYC Bermula Jun Ini

 

belia MAYC

 

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) - Jelajah Pelan Transisi Umur Belia Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan akan mula dilaksanakan Jun ini di 12 negeri, bagi mencari ahli baharu dalam kalangan belia berusia 25 tahun.

Presiden MAYC Kebangsaan Mohd Al-Hafi zi Abu Bakar berkata jelajah itu yang akan dilaksanakan sehingga Disember tahun ini, bertujuan mengenal pasti belia yang mempunyai potensi untuk diangkat menjadi pemimpin belia menjelang 2026.

“Kita akan menuju transisi umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun pada 2026 nanti, kerana itu kita adakan jelajah ini mencari bakat baharu untuk latih dan gilap sebagai ahli dan pemimpin MAYC di peringkat kawasan, kelab gabungan dan negeri.

“Kita mahu pastikan 540 kelab yang kita ada melibatkan 102 kawasan dan 12 negeri kita dapat kekalkan pada 2026 nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Ke-62 oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, di sini hari ini.

Terdahulu, Azman yang dilantik sebagai penasihat MAYC sehingga 2025 dalam ucapannya berkata persatuan itu di landasan yang betul, dalam mengembangkan potensi belia muda dan harus terus berganding bahu dengan kerajaan untuk memastikan segala yang diperjuangkan MAYC, mendapat perhatian kerajaan.

Beliau berkata sejak awal penubuhannya pada 1954 hingga kini, MAYC terus menjadi sebuah organisasi belia yang lantang dalam memperjuangkan isu belia dinegara ini.

“Inilah yang kita mahukan dalam sebuah organisasi belia lantang dan bijak dalam berdiplomasi dalam meneruskan agenda pembangunan belia,” katanya.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kerajaan menetapkan tarikh kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan)2019 [Akta A1602] pada 1 Jan 2026.

Pindaan itu antara lain melibatkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun sahaja.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.