- Home
- Berita Terkini
- Bengkel Analisis Data Perkukuh Pembangunan Dashboard Hari Belia Negara 2025
Bengkel Analisis Data Perkukuh Pembangunan Dashboard Hari Belia Negara 2025



26–28 September 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan Bengkel Analisis Data dan Pembangunan Dashboard Hari Belia Negara (HBN) bagi Tahun 2025 di Moxy Hotel, Putrajaya. Bengkel ini melibatkan pasukan IYRES selaku Jawatankuasa Penyertaan dan Penilaian HBN dengan sokongan kepakaran, Encik Fikri Radhi bin Muhamad Fuad dan Encik Muhammad Istiqlal bin Itam @ Ismail daripada MyAnalytica Solution dalam pembangunan dashboard menggunakan Power BI.
Melalui pelaksanaan bengkel, Dashboard Pemantauan dan Pelaporan Penyertaan HBN 2025 telah dibangunkan yang membolehkan akses data secara dinamik serta penyampaian maklumat dalam bentuk visualisasi yang lebih mudah difahami.