- Home
- Berita Terkini
- Team IYRES Turun Padang bagi Pelaksanaan Hari Cuci Malaysia Tahun 2025
Team IYRES Turun Padang bagi Pelaksanaan Hari Cuci Malaysia Tahun 2025

27 September 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Kelab Rekreasi IYRES telah menganjurkan Program Hari Cuci Malaysia Tahun 2025 di Masjid Al-Ilmi, Dengkil. Program ini berkonsepkan kepada pelaksanaan gotong-royong secara bersepadu di seluruh negara yang meliputi skop pembersihan kawasan sekitar, pelaksanaan kempen kitar semula dan kesedaran penggunaan plastik sekali guna. Program ini juga dihadiri oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan dan Tuan Haji Zaki, Nazir Masjid Al-Ilmi serta warga IYRES dan ahli kariah masjid.