kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Usaha Memperkasakan Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif Belia

Image

30 September 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) bertemakan “Memperkasa Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif” pada 30 September 2025 bertempat di RekaScape, Cyberjaya, Selangor. Program tersebut telah menghimpunkan seramai 291 peserta yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi PUSPANITA mengikut cawangan kementerian, wakil jabatan, agensi korporat, institusi pendidikan dan penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), atlet, jurulatih, ibu bapa dan individu belia.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Dalam ucapan perasmian, beliau memberi penekanan kepada kepentingan meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup golongan belia dalam aspek kesihatan seksual dan reproduktif. Beliau dalam ucapannya berkata, “Kalau kita ragu untuk bercakap tentang pendidikan kesihatan seksual hari ini, bersedialah menanggung kos rawatan esok. Setiap pencegahan yang kita buat hari ini bermakna kurang satu beban di hospital pada masa depan.”

Setelah itu, sesi perkongsian mengenai pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif belia telah dibentangkan oleh wakil United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia. Seterusnya, program diteruskan dengan dua sesi forum yang menampilkan lima orang panel pakar pelbagai bidang dan dipandu oleh seorang dua orang moderator berpengalaman. Forum berkenaan telah membincangkan topik “Membina Kesedaran, Mendorong Penerimaan: Cabaran Pendidikan Seksual dan Reproduktif” dan “Masa Depan Pendidikan Seksual dan Reproduktif: Harapan dan Tanggungjawab”.

Diakhir program, Resolusi Memperkukuhkan Pendidikan Kesihatan Seksual dan Reproduktif Belia telah dibentangkan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan I IYRES, manakala ucapan penutup telah disampaikan oleh YBhg. Datin Vanitha a/p Rukmagundan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.