kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sesi Perbincangan Hasil Pra Pascanilai Kajian Dan Cadangan Pelaksanaan Program Felo Perdana 2026

Image

PUTRAJAYA, 14 OKTOBER 2025 – Satu sesi perbincangan hasil Pra Pascanilai Kajian dan Cadangan Pelaksanaan Program Felo Perdana telah diadakan bagi meneliti hasil dapatan serta menambah baik pelaksanaan program pada tahun 2026. Sesi ini diadakan sebagai persediaan awal sebelum pembentangan rasmi oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kepada YB Menteri KBS.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penambahbaikan pelaksanaan program, khususnya dalam aspek pemilihan peserta, reka bentuk modul latihan, serta impak terhadap pembangunan kepimpinan belia. Program Felo Perdana merupakan inisiatif KBS bagi memberi peluang kepada belia untuk menimba pengalaman secara langsung bersama kepimpinan tertinggi negara, ke arah melahirkan barisan pemimpin muda yang berwibawa dan berdaya saing.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.