kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Program Bengkel Training of Trainers (TOT) Pembangunan Modul Program Pengurusan Organisasi (PPO) Zon Borneo 2026

Image

KOTA KINABALU, 16 APRIL 2026 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dijemput ke Program Bengkel Training of Trainers (TOT) Pembangunan Modul Program Pengurusan Organisasi (PPO) Zon Borneo 2026, anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Program ini melibatkan seramai 39 orang peserta, terdiri daripada pegawai-pegawai Belia dan Sukan peringkat negeri Zon Borneo serta wakil Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan, dan pemahaman yang mendalam kepada pegawai dan yang akan melaksanakan modul PPO di negeri masing-masing bagi persediaan sebagai fasilitator mahupun penceramah.

Salah satu slot utama bengkel ini adalah sesi Perkongsian Sistem Dashboard Belia, yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Dalam sesi ini, para peserta didedahkan kepada kepentingan penggunaan Sistem Dashboard Belia sebagai mekanisme pemantauan dan pelaksanaan program PPO secara lebih sistematik dan berkesan.

Diharapkan melalui perkongsian ini, para pegawai pelaksana di lapangan dapat mengaplikasikan penggunaan dashboard tersebut dalam merancang, melaksana serta menilai program belia dengan lebih efisien dan berimpak tinggi.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.