kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Building Malaysia’s Next Generation of Food Systems Leaders Workshop: Strengthening Youth Engagement through Science–Policy–Society Interfaces (SPSI)

Image

PUTRAJAYA, 16 APRIL 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menyertai “Building Malaysia’s Next Generation of Food Systems Leaders Workshop: Strengthening Youth Engagement through Science–Policy–Society Interfaces (SPSI)” yang dianjurkan melalui kerjasama United Nations Food Systems Coordination Hub dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk kementerian, agensi, institusi penyelidikan, NGO dan wakil belia bagi memperkukuh peranan belia dalam transformasi sistem makanan negara melalui pendekatan integrasi sains, dasar dan masyarakat.

Sepanjang bengkel, peserta terlibat dalam sesi perkongsian, dialog serta perancangan tindakan yang memberi fokus kepada pembangunan inisiatif belia dan pengukuhan kerjasama merentas sektor. Penyertaan IYRES ini selaras dengan usaha memperkasa belia sebagai agen perubahan dalam pembangunan negara, khususnya dalam memastikan sistem makanan Malaysia yang lebih mampan, inklusif dan berasaskan bukti. IYRES telah diwakili oleh Pn. Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik Kanan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.