kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Pembangunan Modul Program Kepimpinan dan Jati Diri Belia (PKJD)

Image

SEREMBAN, 23 APRIL 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menghadiri Bengkel Pembangunan Modul Program Kepimpinan dan Jati Diri Belia (PKJD) di Klana Resort, Seremban pada 21 hingga 23 April 2026. Bengkel anjuran JBSN ini bertujuan untuk membangunkan dan memperhalusi modul agar lebih komprehensif dalam membentuk belia berdaya kepimpinan dan jati diri tinggi.

Sepanjang bengkel, peserta membangunkan serta menambah baik modul merangkumi kepimpinan, jati diri, patriotisme dan kesukarelawanan termasuklah pelaksanaan modul “Aku Berbakti” bagi menggalakkan penglibatan belia dalam komuniti.

IYRES turut menyumbang dalam pembangunan instrumen penilaian pra dan pasca program bagi mengukur keberkesanan PKJD secara berasaskan data seterusnya memperkukuh pembangunan modul dan kerjasama strategik. IYRES diwakili oleh Dr. Nur Shazwanie Rosehan, Eksekutif Penyelidik.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.