kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

yar2026

 

PENGENALAN

Youth As Researchers (YAR) merupakan sebuah inisiatif program yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa oleh pihak UNESCO bagi menyemarakkan semangat penyelidikan dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mewujudkan pertandingan bercorakkan penyelidikan di mana belia perlu menghasilkan penulisan rencana, penyediaan video kreatif dan infografik penyelidikan menggunakan hasil dapatan kajian dan statistik IYRES. Matlamat utama program ini adalah meningkatkan literasi penyelidikan dan menerapkan budaya penyelidikan berpacukan data bagi memperkasa pembangunan golongan belia Malaysia.

OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan program ini ialah: 
 
i.  Meningkatkan literasi dan menggalakkan generasi belia melibatkan diri dalam penyelidikan;
ii.  Meningkatkan keyakinan dan keupayaan belia dalam mengemukakan pandangan dan suara belia berdasarkan bukti empirikal;
iii.  Meningkatkan budaya “inquiry mind” menerusi pembudayaan penyelidikan dalam kalangan belia; dan
iv.  Mengiktiraf generasi muda dalam memperkasakan pembangunan belia positif.
 
TEMA DAN SUB TEMA YAR
 
Tema : “Penyelidik Muda, Suara Masa Depan"
"Penyelidik muda merupakan agen perubahan yang berperanan meneroka idea, meneliti realiti dan menyuarakan pandangan berasaskan bukti bagi membentuk masa depan yang lebih inklusif, progresif dan berdaya tahan. Melalui penyelidikan, suara belia bukan sahaja didengari, malah menjadi asas penting dalam mencorak dasar, inovasi dan pembangunan masyarakat"
 
Sub Tema:
 
1. Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial
Merujuk kepada peranan belia sebagai penyelidik yang menghasilkan ilmu dan dapatan berimpak jangka panjang demi pembangunan mampan, sambil bertindak secara beretika untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
 
2. Budaya, Identiti, Jati Diri dan Kepimpinan Belia
Merujuk kepada pembentukan nilai, pemikiran dan karakter belia yang berteraskan warisan budaya serta pengalaman sosial, yang seterusnya membentuk keyakinan diri dan keupayaan memimpin.
 
3. Pendigitalan dan Masa Depan Pekerjaan
Merujuk kepada peranan belia dalam memahami, menyesuaikan diri dan memanfaatkan perkembangan teknologi digital bagi menghadapi perubahan landskap pekerjaan yang semakin dinamik.
 
4. Belia, Literasi Kewangan dan Kesejahteraan Ekonomi
Merujuk kepada keupayaan golongan muda memahami, mengurus dan membuat keputusan kewangan secara berhemah bagi mencapai kestabilan serta kesejahteraan hidup.
 
5. Pendidikan dan Latihan Kemahiran Masa Hadapan
Merujuk kepada usaha membangunkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang relevan dengan keperluan dunia pekerjaan masa depan yang semakin berasaskan teknologi dan inovasi.
 
*Maklumat perincian Tema dan Sub Tema boleh merujuk Model Pembangunan Belia Madani 2030 dan Dasar Belia Malaysia 2015

 

TERMA DAN SYARAT
 
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 hingga 30 tahun.
 
  • Penghasilan karya wajib menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian atau statistik yang dibekalkan pihak penganjur (rujuk link di bawah)
  1. Portal IYRES
  2. Hub Statistik
  3. Asia-Pacific Journal of Youth Studies (APJYS)
  4. dataCATCH (Media Sosial IYRES)
  • Karya yang dihantar hendaklah mengikut tema "Penyelidik Muda Suara Masa Depan" dengan memilih salah satu sub-tema seperti berikut:
  1. Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial
  2. Budaya, Identiti, Jati Diri dan Kepimpinan Belia
  3. Belia, Literasi Kewangan dan Kesejahteraan Ekonomi
  4. Pendidikan dan Kemahiran Masa Hadapan
  • Penyertaan terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:
  1. Rencana
  2. Video Kreatif (Konvensional)
  3. Video Kreatif (AI)
  4. Infografik Penyelidikan
 
  • Peserta boleh menyertai beberapa kategori penyertaan, walau bagaimanapun hanya satu (1) penyertaan dibenarkan bagi setiap kategori.
  • Boleh disertai sama ada secara individu atau berkumpulan (maksimum 5 orang per kumpulan).
 
  • Sekiranya penyertaan secara berkumpulan, maklumat ketua kumpulan dan melampirkan maklumat ahli kumpulan di dalam borang pendaftaran YAR. Pastikan umur ahli kumpulan adalah dalam kategori umur yang sama.

 

  • Setiap penyertaan WAJIB menggunakan borang penyertaan yang disediakan. Borang tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut: https://bit.ly/Penyertaan_YAR

 

  • Unsur plagiat adalah dilarang sama sekali dan pihak penganjur berhak untuk membatalkan atau menarik balik hadiah yang dimenangi peserta.
 
  • Penghasilan karya hendaklah bersifat umum dan tidak menyentuh sensitiviti yang melibatkan Institusi Diraja, agama dan kaum.
 
  • Hasil karya yang diterima akan menjadi hak milik mutlak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Keperluan penggunaan hasil karya peserta perlu mendapat kebenaran daripada pihak IYRES.
 
  • IYRES akan membuka pendaftaran YAR’26 bermula 5 Jun sehingga 30 Jun 2026 kepada mereka yang berminat menyertai pertandingan YAR ini.
  • Setiap hasil karya hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Karya penyertaan perlu dikemukakan kepada emel urusetia YAR’26: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2026.
  • Bagi penyertaan pertandingan YAR, pihak IYRES akan melaksanakan sesi taklimat kepada para peserta melalui YAR’26 BOOTCAMP pada 27 ATAU 28 Jun 2026.
  • YAR’26 BOOTCAMP memberi panduan kepada para peserta untuk menghasilkan karya berdasarkan kategori pertandingan. Penyertaan adalah bergantung kepada persetujuan peserta iaitu secara fizikal atau dalam talian. Jemputan kehadiran akan diemelkan kepada peserta dan akan menyumbang kepada markah penilaian.
  • Segala perbelanjaan perlu ditanggung oleh peserta sendiri dan bukan dalam tanggungan pihak penganjur.
  • Kepada peserta terbaik mengikut kategori umur bagi penulisan rencana, penghasilan video kreatif, infografik penyelidikan dan data storytelling, surat jemputan akan dihantar untuk menghadiri Majlis Penganugerahan YAR.
  • Majlis Penganugerahan YAR akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2026 (mengikut perubahan dari semasa ke semasa) yang akan dimaklumkan kepada peserta terbaik sahaja untuk dihadiri. Maklumat lokasi dan masa program akan dimaklumkan oleh urus setia YAR melalui emel.
  • Setiap penyertaan akan dinilai oleh juri yang dilantik dalam Jawatankuasa Penilaian YAR. Juri berhak untuk menolak/ membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi format dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
  • Peserta yang gagal mematuhi syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya daripada pertandingan dan keputusan penjurian adalah muktamad.
  • Peserta perlu meletakkan format Penghasilan karya seperti berikut:
  1. Nama fail Rencana: PR_Namapeserta_no. KP
  2. Nama fail Video: VK_Namapeserta_no. KP
  3. Nama fail Infografik: IP_Namapeserta_no. KP
  • Sebarang pertanyaan lanjut, peserta boleh menghubungi wakil penganjur melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 03- 8871 3335/ 3417
PENAFIAN
 
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pelanggaran hak cipta atau plagiat oleh peserta. Penganjur berhak menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya karya didapati tidak asli atau melanggar hak pihak ketiga, serta tidak menanggung sebarang implikasi atau kerugian yang timbul.   
 
 
TERMA DAN SYARAT PENULISAN RENCANA 
 
  • Penulisan rencana hendaklah relevan dengan tema “Penyelidik Muda Suara Masa Depan” dengan memilih salah satu sub-tema seperti di bawah:

 

 

  • Penulisan rencana wajib menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian atau statistik yang dibekalkan pihak penganjur:
  • Rencana yang ditulis merupakan karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya sama ada di dalam atau luar negara;
  • Pihak IYRES berhak membatalkan penyertaan jika didapati hasil rencana merupakan plagiat, ciplak dan terjemahan;
  • Semua rencana yang diterbitkan adalah hak milik mutlak IYRES. Pihak IYRES berhak menerbitkan rencana ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah
  • Penulis tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian rencana/ ilustrasi dan isi karangan dalam apa juga bentuk sebelum mendapat kebenaran daripada pihak IYRES
TERMA DAN SYARAT PENGHASILAN VIDEO KREATIF

 

Setiap penyertaan mengikut kategori perlu menyediakan video pendek mengikut kreativiti masing-masing. Video tersebut perlu mempunyai maklumat seperti berikut:

  • Memaparkan logo IYRES
  • Bahasa yang digunakan adalah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Resolusi minimum adalah 720p dan ke atas manakala aspect ratio video adalah mengikut kesesuaian aplikasi Tik Tok.
  • Durasi masa video adalah 1 hingga 3 minit.
  • Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik dan jelas.
  • Pastikan akaun yang mengandungi video tersebut tidak “private”.
  • Video MESTI dihantar melalui pautan berikut: https://bit.ly/reg_YAR
  • Penghasilan video mestilah asli dan tidak pernah dikormesialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana media.
  • Video yang dihantar kepada pihak penganjur tidak boleh ditukar.

 

TERMA DAN SYARAT INFOGRAFIK PENYELIDIKAN
 
Setiap penyertaan mengikut kategori perlu menyediakan infografik penyelidikan mengikut kreativiti masing-masing. Infografik tersebut perlu mempunyai maklumat seperti berikut:
 
  • Perlu meletakkan logo IYRES di dalam penghasilan infografik penyelidikan.
  • Penghasilan Infografik Penyelidikan MESTI menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian IYRES atau statistik IYRES. Peserta perlu meletakkan sumber rujukan di dalam infografik tersebut.
  • Penghasilan infografik menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Infografik mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak diciplak dari Internet atau lain-lain sumber.
  • Watermark pada infografik tidak dibenarkan. 
  • Penyediaan infografik mestilah dalam bentuk (A3) 42.0 CM X 29.7 CM (landskap atau potret), bersaiz tidak melebihi 10 MB berformat PDF, JPEG atau PNG. 
  • Peserta dibenarkan untuk menggunakan sebarang perisian dan bahan (templat atau rangka) yang sedia ada namun kreativiti peserta akan membezakan penilaian dan pemarkahan juri.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.