kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI PENDIDIKAN DAN MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI

Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Keyakinan ini telah termeterai bahawa bahasa Melayu telah menduduki tempat yang tinggi sebagai bahasa moden kerana telah memenuhi semua syarat seperti sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa perdagangan, bahasa agama, bahasa kebudayaan dan kesusasteraan, bahasa militer, bahasa lingua franca, bahasa parlimen dan bahasa mahkamah. Mengikut kajian pada tahun 1992, bahasa Melayu menduduki tempat keenam, iaitu mempunyai kira-kira 200 juta penutur. Daripada sudut tatabahasa terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah dipelajari, sangat lentur dan sesuai untuk mengekspresikan pemikiran yang tinggi. Usaha pemerkasaan bahasa Melayu kian terserlah di peringkat sekolah melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan juga di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Di samping itu, cabaran yang dihadapinya dalam menongkah arus globalisasi tidak boleh dikesampingkan. Ledakan globalisasi membuatkan bahasa Melayu seakan-akan terumbang-ambing ibarat dilanda badai ganas. Kebimbangan tetap ada khususnya kesan proses osmosis seperti pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang negatif. Menjelang tahun 2020, perasaan optimis tetap ada bahawa Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju dengan menggunakan bahasa kebangsaannya.

Kata Kunci: Martabat, Bahasa Melayu, Pendidikan, Cabaran, Globalisasi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.