kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSEPSI DAN PENERIMAAN BELIA SABAH TERHADAP GAGASAN 1MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menjalankan Polling : Kajian Kesedaran Mengenai Kesukarelawanan di Malaysia

Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada April 2009 bertujuan mengukuhkan perpaduan kaum sebagai asas keharmonian dan keamanan negara. Namun untuk mencapai hasrat murni tersebut, kerjasama dan penyertaan masyarakat amat perlu terutama golongan belia yang merupakan generasi pewaris pemimpin negara pada masa akan datang. Tanggapan yang salah terhadap konsep Gagasan 1Malaysia pasti menghalang negara mencapai kejayaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi dan penerimaan belia di Kota Kinabalu, Sabah terhadap Gagasan 1Malaysia. Responden kajian adalah seramai 391 orang yang berumur 18 hingga 40 tahun yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Cina, Bajau, Kadazan Dusun, Bumiputra, lain (etnik-etnik minority), Melayu, Murut, India dan lain-lain. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap persepsi positif terhadap Gagasan 1Malaysia (90%). Sementara itu, tahap penerimaan belia terhadap Gagasan 1Malaysia adalah sederhana (95.7%). Di samping itu, kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor kaum tentang persepsi belia terhadap Gagasan 1Malaysia manakala tiada perbezaan yang signifikan antara faktor kaum tentang penerimaan belia terhadap Gagasan 1Malaysia. Ternyata tahap penerimaan belia pada tahap kurang memuaskan dan boleh menjejaskan kejayaan Gagasan 1Malaysia yang dianggap sebagai wadah penyatupaduan nasional. Kata Kunci: Persepsi, Penerimaan, Belia, Gagasan 1Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.