kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERANAN AKHBAR MEMBENTUK BELIA BERWAWASAN

Terdapat pelbagai maklumat yang dimuatkan dalam akhbar yang berupaya menambah dan meningkatkan pengetahuan belia. Namun demikian, penerimaan belia terhadap akhbar semakin menurun kerana faktor kurangnya minat membaca medium tersebut. Keadaan ini amat membimbangkan terutamanya dalam menyokong aspirasi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan menjelang tahun 2020. Kerana itulah, kajian ini dijalankan untuk; mengenal pasti maklumat yang kerap diterbitkan di dalam akhbar; mengetahui maklumat yang kerap dibaca oleh belia; dan mengenal pasti faktor kepercayaan dalam akhbar. Penyelidikan telah dijalankan terhadap 387 orang belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa maklumat yang kerap diterbitkan dalam akhbar ialah isu jenayah. Maklumat yang kerap dibaca oleh belia pula berupa berita hiburan, berita jenayah dan berita sukan. Dalam pada itu, hasil kajian menunjukkan akhbar hanya mengandungi elemen-elemen kepercayaan seperti pemilihan fakta, pemilihan topik, kebenaran berita, kredibiliti dan kesejahteraan masyarakat. Menjadi harapan agar hasil kajian ini dimanfaatkan oleh institusi akhbar dalam menerbitkan maklumat. Maklumat tersebut bukan sahaja dapat membentuk belia bermaklumat malah maklumat tersebut haruslah merupakan maklumat yang dipercayai faktanya.

Kata Kunci: Surat Khabar, Belia, Berita, Maklumat, Kepercayaan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.