kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KELESTARIAN ISTILAH TEKNOLOGI BERBAHASA MELAYU DALAM KURSUS KEMAHIRAN TEKNIKAL DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

Pada era teknologi terkini, perkembangan dan integriti istilah perlu dimantapkan. Hal ini sedemikian kerana istilah memaparkan kelestarian warisan budaya yang bertatasusila dan harmoni, sejajar dengan falsafah yang terkandung dalam perkembangan bahasa dan transformasi teknologi negara. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sikap dan amalan belia terhadap kelestarian istilah teknologi berbahasa Melayu dalam beberapa kursus kemahiran teknikal. Sebanyak 1,784 orang pelajar IKBN telah dijadikan responden dalam kajian ini. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian daripada soal selidik telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan amalan belia yang menjalani kursus kemahiran teknikal tertentu terhadap kelestarian istilah teknologi berbahasa Melayu. Dengan wujudnya kesignifikan daripada hasil kajian ini, pengkaji mengesyorkan supaya istilah teknologi di institut latihan belia terus dikaji, selain dibangunkan secara realitinya dalam bentuk digital serta dirangkaikan dalam talian. Hal ini demikian kerana hasil penyelidikan sedemikian mampu menyokong penghasilan produk yang berasaskan data yang empirikal, lebih terkini, tepat dan objektif. Penyelidikan seumpama ini akhirnya berhalatujukan manfaatnya kepada belia dalam menghayati serta mengaplikasikan transformasi istilah teknologi menerusi bahasa Melayu sebagai wahana.

Kata Kunci: Kelestarian, Istilah Teknologi, Kemahiran Teknikal, Sikap dan Amalan Oleh Kalangan Belia.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.