Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera

Saudara/i,

KAJIAN ASET POSITIF PEMBANGUNAN DIRI

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sedang menjalankan kajian bagi tujuan pengumpulan data profil yang lengkap berhubung aset-aset pembangunan diri belia daripada pelbagai aspek. Data yang di perolehi ini boleh dijadikan asas dalam merangka program-program dan penyediaan modul yang bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan semasa.  

Sehubungan itu, pihak IPPBM amat mengalu-alukan pandangan saudara/saudari yang berumur 15 hingga 17 tahun untuk melibatkan diri. Beberapa soalan di dalam kajian ini memerlukan jawapan terperinci yang akan mengambil masa saudara/i disebabkan kajian ini ingin mendapatkan maklumat sebenar yang sedang dilalui oleh saudara/i sebagai generasi masa hadapan.

Kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebagai tanda penghargaan, pihak kami akan memberikan  saguhati sebanyak RM5.00  dalam bentuk topup bagi 10,000 penyertaan yang terawal sahaja.

Perhatian dan kerjasama Saudara/i amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Mohon klik pada URL berikut:

http://onlinesurvey.ippbm.gov.my/index.php/survey/index/sid/223496/lang/ms

Terima kasih.

 

 “1 BELIA 1 MALAYSIA”

 

SUMBER:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)