kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Soalan Lazim

Apakah IYRES?

IYRES merupakan singkatan  nama Institute for Youth Research yang dahulu dikenali sebagai Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM).

Apakah peranan IYRES?

IYRES berperanan sebagai sebuah pusat penyelidikan nasional yang mengkaji pelbagai aspek aliran dan pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di peringkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh IYRES?

  • Melaksanakan penyelidikan berkaitan isu-isu belia;
  • Menaja penyelidikan berkaitan belia;
  • Menghasilkan dapatan penyelidikan bagi membantu perancangan dan pelaksanaan dasar kerajaan;
  • Melaksanakan program sokongan penyelidikan untuk menyebarluas hasil penyelidikan.

Bagaimanakah hendak mendapatkan maklumat hasil kajian?

Hasil kajian boleh diperolehi dengan menghubungi pihak kami menerusi telefon, emel atau fax dengan merujuk kepada Direktori Staf.

Saya berminat untuk mengambil bahagian dalam menjalankan penyelidikan, apakah langkah yang diperlukan?

Anda boleh menghubungi pihak IYRES dengan menggunakan borang maklum balas yang terdapat pada portal atau menerusi emel info[at]iyres.gov.my.

Bagaimanakah caranya saya ingin memohon bantuan geran penyelidikan?

Permohonanan boleh dikemukakan dengan menghantar Kertas Konsep Kajian yang hendak dilaksanakan setelah iklan dikeluarkan oleh IYRES menerusi portal www.iyres.gov.my atau surat edaran ke suniversiti serta agensi lain.

Siapakah yang layak memohon bantuan geran penyelidikan ini?

Semua individu termasuk pelajar, ahli akademik serta lain-lain organisasi yang bukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Adakah IYRES menjalankan aktiviti penerbitan?

Malaysian Journal of Youth Studies;

Buletin fakta;

Pemetaan belia,;

Indeks Belia Malaysia.

Bagaimanakah caranya saya hendak mendapatkan bahan-bahan terbitan IYRES?

Anda boleh menghubungi pihak IYRES menerusi telefon atau emel di info[at]iyres.gov.my.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.