kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SESI TAKLIMAT TRAINING OF TRAINERS (TOT) KERJA LAPANGAN KAJIAN INDEKS BELIA MALAYSIA 2020

20201016 TOT IBM 2020

PUTRAJAYA, 13 OKTOBER 2020 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan satu sesi Taklimat Training of Trainers (TOT) Kerja Lapangan Kajian Indeks Belia Malaysia 2020 yang bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS.

Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan terperinci mengenai persediaan sebelum turun ke lapangan dan bagaimana melaksanakan taklimat kepada enumerator. Melalui taklimat ini juga, perancangan dan langkah-langkah untuk melaksanakan sesi TOT dengan mengambilkira prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut diperjelaskan.

Sesi taklimat telah dimulakan oleh ucapan alu-aluan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES. Turut hadir ke sesi taklimat ini adalah Dr. Jamali Samsuddin selaku Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan dan pegawai  IYRES yang terlibat dengan kerja lapangan.

 

Disediakan oleh :
Encik Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir

Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.