kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SESI KUNJUNG HORMAT KEPADA YBHG. DATO’ SRI. UZIR MAHIDIN, KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM) PUTRAJAYA

20211112 Kunjung Hormat DOSM

20211112 Kunjung Hormat DOSM center

Putrajaya, 12 November 2021 – Sesi Kunjungan Hormat YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES ke atas YBhg. Dato’ Sri Dr. Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia telah diadakan di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Putrajaya pada 12 November 2021. Sesi kunjung hormat tersebut bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi serta memantapkan pengurusan dan pembangunan data belia Malaysia.

Menerusi sesi kunjung hormat tersebut, IYRES telah mencadangkan lima bentuk kerjasama yang ditawarkan kepada DOSM iaitu (i) perkongsian data profil belia, (ii) penganjuran program kerjasama, (iii) penyelarasan kohort umur belia, (iv) perkongsian kemahiran dan kepakaran serta (v) pengiklanan/ penyebarluasan. Cadangan kerjasama tersebut telah disambut baik oleh pihak DOSM dan perbincangan lanjut akan dilaksanakan bagi mengenal pasti peluang dan ruang kerjasama yang lebih berfokus.

Turut hadir ke sesi tersebut adalah pegawai-pegawai kanan IYRES. Semoga jalinan kerjasama ini dapat mengembangkan pangkalan data belia untuk masa hadapan.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.