kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KOLABORASI STRATEGIK INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) DALAM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN BELIA MALAYSIA

20211118   MOU IYRES x UMP

PUTRAJAYA, 18 November 2021 - Satu memorandum persefahaman (MOU) kerjasama strategik dimeterai antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berlangsung  di Dewan Podium, menara Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya hari ini.

Kerjasama ini dapat memberi faedah kepada kedua-dua pihak dalam menghasilkan output berpacukan sains data yang boleh dimanfaatkan oleh semua pemegang taruh khususnya dalam aspek pembangunan belia di negara ini. Menerusi usahasama ini juga,  IYRES  yang merupakan sebuah institusi penyelidikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan memanfaatkan data hasil kajian pembangunan belia dan pihak UMP dapat berkongsi kepakaran khususnya dalam konteks sains data yang dapat menyumbang ke arah penyediaan data raya (big data).  

Majlis MoU ini menyaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES, YBrs. Dr. Muhammad Mahadi bin Mohamad dan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP menandatangani dokumen MoU. Turut sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP,YBhg. Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli.

MoU ini juga merupakan satu bentuk kerjasama bersama untuk memenuhi tugas dan fungsi kedua-dua belah pihak dalam menjalankan inisiatif penyelidikan, analisis data, kepakaran, penerbitan serta dalam penganjuran bersama forum, siri diskusi, seminar dan latihan dalam Data Raya serta pembangunan belia.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.