kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

46.2 peratus anak muda peroleh jumlah pendapatan bulanan kurang RM2,500

20221004 anakmuda

SHAH ALAM: Kerajaan sangat prihatin terhadap isu pekerjaan dihadapi anak muda kini yang menyaksikan sebanyak 46.2 peratus daripada golongan itu memperoleh jumlah pendapatan bulanan kurang RM2,500, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menangani isu berkenaan, termasuk perantis lepasan sekolah dan graduan yang membenarkan majikan menggaji pekerja berusia 18 hingga 30 tahun, dengan menyediakan insentif RM900 sebulan.

"Kerajaan turut memperkenalkan pelan pembiayaan berjumlah RM150 juta yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank, khusus untuk golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

"Peruntukan RM4.8 bilion juga disalurkan menerusi inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia yang memberi 600,000 peluang pekerjaan kepada golongan muda bagi membantu memperkukuhkan ekonomi belia.

"Kerajaan juga mengumumkan kenaikan kadar minimum Elaun Sara Hidup (ESH) daripada minimum RM650 ke maksimum RM950 sebulan bagi pelajar dalam negara, dan minimum RM1,380 sebulan ke maksimum RM7,600 sebulan bagi pelajar luar negara, daripada pelbagai peringkat pengajian," katanya pada Majlis Perasmian Idea Bina Negara 2022, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil inisiatif menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta menerusi Program ePemula, iaitu Skim Transaksi Tanpa Tunai, yang dimanfaatkan oleh golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa pada pelbagai peringkat di institusi pengajian tinggi (IPT).

"Beberapa inisiatif seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan projek Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar di seluruh negara sudah dilaksanakan menerusi pembinaan lima menara telekomunikasi baharu, lengkap dengan rangkaian 4G serta memastikan hampir 4,000 premis dilengkapi dengan gentian optik," katanya.

 

Sumber : Berita Harian. Pautan - Berita Harian

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.