kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Seminar Statistik Belia Kebangsaan 2022 Dengan Bertemakan "Mengoptimumkan Keupayaan Generasi Muda Berpacukan Statistik Dan Fakta"

 

seminar statistik belia 2022

BANGI, 3 November 2022- Telah berlangsung Seminar Statistik Belia Kebangsaan 2022 dengan bertemakan "Mengoptimumkan Keupayaan Generasi Muda Berpacukan Statistik dan Fakta" merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam memartabatkan pembangunan belia berpacukan data dan statistik.

Seminar ini telah dilaksanakan di Hotel Tenera, Bangi yang dirasmikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan. YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia turut berkongsi tentang peranan generasi muda dalam melestarikan statistik bagi keperluan masa kini dan akan datang.

Sesi ini turut dihadiri YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES selaku ketua sekretariat seminar dan penganjur bersama YBrs. Tuan Zuraidy Hj Zainal Abidin, Pengarah Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM).

Sesi pembentangan kedua telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Naomi Salim, Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertajuk “Empowering Youth Through Big Data Analytics: The ADiBA Framework”.

Seterusnya, sesi forum Kuasai Dunia Digital: Data Sumber Berharga? yang dimoderatorkan oleh Ts. Aziman Abdullah, Fakulti Komputeran UMP serta panel iaitu Prof. Madya Dr. Anazida Zainal, Fakulti Komputeran UTM, Prof Madya Ts. Dr. Choo Yun Huoy, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTeM dan Pn. Jamaliah Jaafar, Malaysian Bureau of Labour Statistics (MBLS), DOSM.

Akhirnya, sesi rumusan dan penutup disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zuraidy Hj. Zainal Abidin, Pengarah Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM).

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.