kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Insentif Kerjaya MADANI 2023 Dilancar

 

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia hari ini melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 merangkumi Program Daya Kerjaya, Daya KerjayaPendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Program Bina Kerjaya.

Menteri berkenaan V. Sivakumar berkata menerusi Program Daya Kerjaya, majikan yang mengambil pekerja dalam kalangan belia yang lama menganggur, Orang Asli, wanita, OrangKurang Upaya (OKU), miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan graduan TVET akan diberikan insentif kewangan.

“Insentif kewangan akan diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 April 2023 bagi mana-mana pengambilan pekerja baharu mulai 1 Jan 2023. Jumlahinsentif yang akan diperuntukkan ialah RM600 sebulan selama tempoh tiga bulan,” katanya pada majlis iftar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, malam ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.
Beliau berkata bagi Program Bina Kerjaya pula ia bertujuan memperkasakan pasaran buruh untuk meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah sektor tidak formaluntuk memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian antaranya Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensiyang diiktiraf dengan kadar tanggungan bayaran latihan hingga RM4,000 dan elaun RM300 sebulan bagi tempoh maksimum untuk tiga bulan.

Sivakumar berkata dalam menjayakan kedua-dua program itu, kementerian menerusi Perkeso akan mengadakan kempen bagi menggalakkan majikan supaya memberi perhatiandan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam pengambilan pekerja baharu.

Beliau berkata kementerian juga akan memberi fokus kepada pembangunan Pusat Satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara bagi membolehkanmajikan dan pencari kerja mendapat kemudahan akses pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah.

Dalam pada itu, Mustapha dalam ucapannya berkata menerusi Program Daya Kerjaya TVET atau Program Transisi Pekerjaan pula menyasarkan 17,000 permohonan dalamkalangan perantis TVET dan lepasan sekolah yang menganggur sekurang-kurangnya 30 hari untuk menjalani Program Peningkatan Kemahiran dengan pembiayaan bayaran latihanhingga RM4,000.

Sementara itu, kira-kira 90 anak yatim dan 40 ibu tunggal diraikan dalam majlis berkenaan, selain Perkeso turut menyampaikan bayaran faedah berjumlah lebih RM174,000 kepada11 penerima faedah skim Perkeso.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.