kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MUIP Sedia RM2.1 Juta Bantu Pelajar Orang Asli

 

MUIP sedia RM2.1 juta

 

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan peruntukan lebih RM2.1 juta bagi membantu pendidikan dan menyediakan kemudahan untuk belia dan pelajar Orang Asli Islam di negeri ini pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata daripada jumlah itu, bantuan tertinggi membabitkan peruntukan RM1.5 juta disediakan kepada saudara baharu dan saudara Muslim bagi menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, mereka membabitkan 8,627 individu masyarakat Orang Asli dan bangsa lain yang menerima bantuan antara RM100 hingga RM300 untuk persiapan Aidilfitri.

Katanya, peruntukan sebanyak RM150,000 pula diberikan bagi mengadakan program pusat kecemerlangan Fiqh Al-Watan dengan kerjasama Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan MUIP.

"Kita turut menyediakan peruntukan RM130,000 bagi menyediakan kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan pelajar Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) menjalankan aktiviti dakwah dalam kalangan Orang Asli di kawasan pedalaman negeri ini.

"Peruntukan lebih RM200,000 pula diberikan bagi membantu pelajar Orang Asli yang belajar di Tingkatan Satu dan Dua di sekolah menengah agama Pahang," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), di sini.

Asmadi berkata, peruntukan RM72,000 diberikan kepada pelajar PETAMA menerusi dermasiswa, manakala sebanyak RM38,400 pula digunakan untuk bantuan sagu hati duit raya dan sumbangan baju raya kepada mereka.

Beliau berkata, pelajar Orang Asli yang belajar di PETAMA menerima bantuan sepanjang tiga tahun mereka belajar yang disediakan MUIP dan Kerajaan Pahang.

"Kita akan terus menyediakan bantuan kepada pelajar Orang Asli yang belajar di PETAMA bagi memastikan mereka dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Selepas menamatkan pengajian mereka boleh mengajar agama di kawasan kampung masing-masing pula.

"Bantuan juga turut diberikan kepada di institut pendidikan Islam di negeri ini seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UniPSAS termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP)," katanya.

Sumber :  BERITA HARIAN. Pautan : BERITA HARIAN

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.