kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Jelajah Genta Belia 2023 Perkasa Ekonomi Golongan Muda

 

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) - Jelajah Genta Belia 2023 mampu memperkasa ekonomi golongan muda terutamanya di luar bandar dengan memberi pendedahan berhubung
inisiatif pemerkasaan ekonomi dilaksanakan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan memaklumkan program jelajah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara itu, merupakan inisiatif baharu KBS yang
dilaksanakan di 43 lokasi melibatkan beberapa daerah terpilih di seluruh negara bermula Jun hingga Oktober ini.

Menurut KBS terdapat tiga pengisian utama bagi jelajah tersebut iaitu aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat seperti peluang pekerjaan, keusahawanan serta ekonomi; jualan
komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan.

“Seramai 15,000 belia bakal mendapat manfaat daripada keseluruhan jelajah ini.

“Menerusi jelajah ini, belia bersama-sama komuniti dapat melaksanakan aktiviti meliputi kegiatan ekonomi yang akan memberi impak secara langsung kepada pemerkasaan
ekonomi,” menurut kenyataan itu hari ini.

KBS menyatakan jelajah tersebut dilaksanakan bersama rakan strategik iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Jabatan
Pertanian, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan badan bukan kerajaan lain.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim merasmikan Jelajah Genta Belia 2023 bertempat di Medan Kajang, Kajang, Selangor.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.