kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

31,140 Belia Bawah 35 Tahun Bankrap Sejak 2014

20230626 bankrup

 

KUALA LUMPUR - Seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan sebagai bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023 berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

Beliau berkata, prihatin terhadap situasi tersebut, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memberi pelepasan kebankrapan kepada mereka yang diisytiharkan muflis dengan jumlah hutang berskala kecil di bawah RM50,000 yang memenuhi syarat bermula 1 Mac tahun ini.

"MDI juga telah meminda seksyen 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 (Akta A1624) yang diwartakan pada 22 Oktober 2020 dan berkuatkuasa sejak 1 September 2021.

"Pindaan bertujuan menetapkan nilai had minimum keberhutangan kepada RM100,000 yang secara tidak langsung membantu menurunkan peratusan bankrap didaftarkan dengan MDI termasuklah golongan belia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda yang ingin tahu jumlah belia yang muflis serta usaha kerajaan bagi membendung isu tersebut.

Selain itu, Ramkarpal berkata, kerajaan turut memperkenalkan peruntukan berkenaan pelepasan automatik pada tahun 2017 di bawah Akta 360.

Peruntukan pelepasan automatik tersebut katanya membolehkan golongan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat iaitu tiga tahun daripada tarikh pemfailan Penyataan Hal Ehwal (PHE) dengan MDI.

"Kerajaan juga telah melakukan penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan automatik melalui Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Mei lalu dan Dewan Negara pada 19 Jun ini,” katanya.

Selain itu, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab bagi membantu orang ramai yang mengalami masalah keberhutangan serius.

"Institusi kewangan perlu memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya. - Bernama

 

Sumber : Sinar Harian

Pautan : Sinar Harian

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.