kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TVET: Jelita Beri Peluang Wanita Ceburi Bidang

 
14082023 tvet jelita2
 
 

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) - Program JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement) memberi peluang kepada golongan wanita untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sebelum ini majoritinya diceburi golongan lelaki.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Prof Dr Massila Kamalrudin berkata golongan wanita harus membuang pemikiran bahawa TVET hanya merangkumi sektor 3 Diaitu Dirty, Diffi cult and Dangerous(kotor, sukar dan berbahaya) pada hakikatnya juga melibatkan pemikiran aras tinggi seperti bidang pemasaran, teknologi maklumat dan keusahawanan.

"Bila memasuki TVET lanjutan, bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi dari segi peluang perniagaan besar, untuk menjadi usahawan teknikal menerusi perniagaan dalam talian.

"Selain itu bidang yang melibatkan teknikal seperti perisian dan komputer juga di bawah TVET maka wanita tidak perlu lagi mengotorkan tangan sebaliknya menggunakan kemahiran intelektual," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) N. Vethashri, 27, menyambut baik pengenalan program tersebut yang memberi peluang kepada golongan wanita untuk menceburi bidang TVET.

Vethashri yang didedahkan kepada TVET sejak di bangku sekolah berkata peluang pekerjaan yang terletak di bawah TVET masih kurang bagi golongan perempuan.

"Selepas tamat belajar dalam bidang katering, majoriti di tempat kerja saya adalah golongan lelaki.

“Apabila Program JELITA (diperkenalkan) ia menyediakan banyak peluang pekerjaan bagi wanita, maka lebih ramai dapat memperkasakan penglibatan mereka dalam bidang yang diceburi," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar UTHM Nurul Athirah Firdaus, 24, berkata golongan wanita yang menyertai program itu mampu menjamin pekerjaan dalam bidang yang diceburi mereka seperti dirinya yang terbabit bidang pengurusan industri penerbangan.

"Kebiasaannya bidang ini diceburi oleh golongan lelaki namun saya dapat membuktikan bahawa saya sebagai seorang wanita juga dapat menyertai bidang ini.

"Saya juga tidak risau mengenai peluang pekerjaan kerana dengan adanya program seperti JELITA ini saya sudah lebih dekat dalam bidang ini," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata program JELITA menyasarkan wanita untuk memperkasakan ekonomi golongan itu melalui pengembangan bakat, kemahiran, keterampilan dan pengetahuan.

Beliau berkata program tersebut akan dilaksanakan selama tiga tahun dengan menyasarkan pengambilan 150,000 wanita.

 

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.