kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Penganggur di Malaysia berkurangan kepada 567,000 orang

 

penganggur berkurangan

 

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran di Malaysia pada Februari 2024 kekal 3.3 peratus, dengan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pada bulan berkenaan, kedudukan tenaga buruh kekal stabil selaras dengan perkembangan aktiviti ekonomi semasa, merekodkan trend positif yang berterusan dalam bilangan penduduk bekerja manakala bilangan penganggur menurun sedikit.

Katanya, bilangan tenaga buruh pada bulan itu terus merekodkan peningkatan bulan ke bulan, dengan pertambahan sebanyak 0.1 peratus kepada 17.07 juta orang, berbanding 17.05 juta orang pada Januari lalu, di mana kadar penyertaan tenaga buruh bulan Februari kekal pada 70.2 peratus seperti yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

"Bilangan penduduk bekerja terus meningkat, dengan kenaikan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.51 juta orang berbanding 16.48 juta orang pada Januari.

"Sebaliknya, bilangan penganggur pada bulan itu terus berada dalam trend menurun, dengan penurunan kecil iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 567,000 orang daripada 567,300 orang pada Januari, menjadikan kadar pengangguran 3.3 peratus seperti pada bulan sebelumnya.

"Daripada jumlah penduduk bekerja pada Februari 2024, 75.2 peratus berada dalam kategori pekerja, merekodkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 12.41 juta orang berbanding 12.39 juta orang pada Januari, manakala kategori penduduk bekerja sendiri berada pada trend meningkat, naik sebanyak 0.3 peratus kepada 3.02 juta orang berbanding 3.01 juta orang pada Januari," katanya dalam satu kenyataan diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Mohd Uzir berkata, dari segi sektor ekonomi, sektor perkhidmatan terus mencatatkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman serta pengangkutan dan penyimpanan.

Beliau berkata, sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga menunjukkan pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja pada Februari 2024.

"Penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, merangkumi 79.8 peratus daripada jumlah penganggur, di mana kumpulan ini merekodkan penurunan marginal 0.04 peratus kepada 452,400 orang berbanding 452,500 orang pada Januari.

"Dalam kalangan penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 61.6 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun adalah sebanyak 6.7 peratus.

"Pada masa yang sama, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif berkurang sebanyak 0.1 peratus kepada 114,600 orang berbanding 114,700 orang pada Januari," katanya.

Sementara itu, Mohd Uzir berkata kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun pada bulan berkenaan kekal tidak berubah iaitu pada 10.6 peratus, dengan 306,600 orang, berbanding 306,800 orang pada Januari.

Manakala, katanya kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun adalah 6.6 peratus, mencatatkan bilangan penganggur belia seramai 434,800 orang berbanding 439,700 orang pada Januari (6.7 peratus).

 

Sumber : Berita Harian
Pautan  : Berita Harian

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.