kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

ILP Kangar Julung Kali Tawar Program TVET Tahfiz

 

ilp kangar tvet

KANGAR, 14 April (Bernama) - Buat julung kali Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar menawarkan Program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)Tahfiz untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan yang memiliki latar belakang sekolah agama dalam bidang kemahiran di negara ini.

Pengarah ILP Kangar Ts Mohd Yusri Mohd Rahim berkata dua program kemahiran ditawarkan menerusi program berkenaan iaitu Teknologi Kimpalan Arka dan Gas serta Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal bagi tempoh sepenuh masa selama tiga bulan.

"Kami bekerjasama dengan Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk proses pengambilan serta kemasukan pelajar tahfiz ini sama ada dari madrasah dan sebagainya. Tawaran ini juga terbuka kepada pelajar lepasan sekolah agama.

"Kemasukan bagi program kemahiran TVET Tahfiz ini akan bermula pada penghujung April dan kami menyasarkan seramai 60 pelajar akan mengikuti dua program latihan itu iaitu masing-masing 30 pelajar bagi setiap program,” katanya ketika ditemui Bernama di ILP Kangar baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata pelajar yang telah tamat program kemahiran bagi tempoh tiga bulan itu akan diberikan Sijil Modular (Micro-Credential) diperakui Jabatan Pembangunan Kemahiran yang mendapat pemintaan tinggi tenaga kerja dalam industri.

"Ini akan menjadi nilai tambah kepada pelajar tahfiz dan juga lepasan sekolah agama, apabila ada sijil kemahiran ini, mereka boleh bekerja dalam industri dengan mudah. Jika tidak masuk bekerja dalam industri pun mereka boleh bekerja sendiri dengan kemahiran yang ada contohnya kerja-kerja kimpalan,” katanya.

Beliau berkata kelebihan mengikuti program kemahiran TVET Tahfiz di ILP Kangar itu ialah makanan, penginapan dan yuran pengajian adalah percuma selain diberikan elaun bulanan RM100 setiap bulan untuk tempoh tiga bulan itu.

Mohd Yusri berkata kursus keusahawanan turut diberikan kepada pelajar terbabit pada penghujung program kemahiran untuk mendedahkan mereka dengan bidang keusahawanan selain aktiviti hafazan juga akan diselitkan sepanjang tempoh program berlangsung.

"Jadual pembelajaran untuk program kemahiran ini akan bermula dari 10 pagi hingga 5 petang, selepas 5 petang disediakan aktiviti untuk pelajar tahfiz termasuk hafazan,” katanya.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.