kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MyMHI’23: Tahap kesihatan mental belia berada pada tahap sederhana memuaskan

 
MyMHI23 Tahap kesihatan mental belia berada pada tahap sederhana memuaskan

 

PUTRAJAYA – Tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun menunjukkan berada pada tahap sederhana memuaskan dengan skor 71.91.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, skor tersebut ditentukan oleh Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) yang dibuat dengan melibatkan seramai 5,867 responden.

“Indeks ini merangkumi tujuh domain iaitu gaya hidup, persekitaran, keperibadian individu, pengalaman hidup, sokongan sosial, pengendalian tekanan, dan minda sihat, serta disokong oleh 28 indikator.

“Domain pengalaman hidup mencatatkan skor tertinggi (88.51) iaitu berada pada tahap memuaskan manakala domain persekitaran mencatatkan skor terendah (65.45) iaitu berada pada tahap sederhana memuaskan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, intervensi yang telah dikenal pasti bagi meningkatkan kesihatan mental belia termasuk meningkatkan ketercapaian belia kepada perkhidmatan kesihatan mental, mempromosikan gaya hidup sihat dan memperkasa peranan ibu bapa dan penjaga melalui penguasaan kemahiran literasi kesihatan mental dan kemahiran keibubapaan yang positif.

Kata Hannah lagi, usaha bagi mengkaji dan meningkatkan kesihatan mental belia Malaysia adalah selari dengan Strategi 1, Teras 3 Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) iaitu Meningkatkan Kesihatan Mental, Kecergasan Fizikal Dan Kecerdasan Spiritual belia.

“Inisiatif MyMHI’23 ini diterajui oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta United Nations Children’s Fund (UNICEF) dengan sokongan daripada pemegang taruh berkaitan.

“Diharapkan agar semua pemegang taruh dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada KBS dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memperjuangkan isu kesihatan mental belia,” ujarnya.

 

Sumber : Malaysia Tribune
Pautan  : Malaysia Tribune

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.