kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

JAIM Bakal Perkenal Pusat Tahfiz TVET, Tawar Kursus Selam Dasar Laut

JAIM

 

MELAKA, 3 Mei (Bernama) - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata usaha itu kini dalam perbincangan akhir bersama pihak swasta dan dijangka bermula Julai ini.

"Selain menghafal al-Quran, pada masa yang sama mereka juga akan diberi peluang mengambil lesen menyelamrekreasi serta profesional yang boleh digunakan untuk kerjaya di lapangan bersesuaian pada masa akan datang.

"Sebagai permulaan kita akan mengambil 60 hingga 80 pelajar dan kita percaya Pusat Tahfiz TVET ini adalah yang pertama di Malaysia yang menawarkan kursus tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilifitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek yang turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Sementara itu, Rahmad berkata JAIM berhasrat untuk meluaskan penggunaan jurubahasa isyarat semasa khutbah Jumaat di Masjid Selat, Masjid Cina Melaka dan Masjid Al-Alami selain masjid daerah lain di negeri ini, selepas program itu dimulakan di Masjid Al-Azim pada April lepas.

Beliau berkata usaha menggunakan penterjemah dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Negeri Melaka (POPNM) bagi memberi kemudahan dan menyantuni golongan itu memahami khutbah yang disampaikan.

"Setakat ini kita telah laksanakan lebih sebulan di Masjid Al-Azim dan pendekatan ini membolehkan orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu memahami isi kandungan khutbah yang ditayangkan menerusi siaran langsung pada skrin layar di masjid," katanya.

Dalam pada itu Rahmad turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat yang meraikan majlis rumah terbuka itu yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung dengan menyediakan pelbagai juadah.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.