kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sesi Penilaian dan Pengemaskinian Risalah Quick Guide: Bantuan Krisis Kesihatan Mental Untuk Golongan Belia dan Individu Terkesan

+Image
+Image

PUTRAJAYA, 8 – 9 September 2025 – Sesi Validasi Quick Guide Bantuan Awal Krisis Kesihatan Mental Kepada Belia dan Individu Terkesan telah berlangsung selama dua hari di Conference Hall 5, Putrajaya International Convention Centre (PICC). Program ini bertujuan menambah baik serta memperkukuh kandungan Quick Guide yang sedang dibangunkan sebagai panduan sokongan kepada belia dan individu yang terkesan dengan isu kesihatan mental.

Sesi ini telah dihadiri oleh pakar rujuk bidang (Subject Matter Expert, SME) terdiri daripada 10 kumpulan pelaksana serta 14 orang wakil belia terdiri daripada lapan (8) kumpulan sasaran, merangkumi belia awal, pertengahan dan akhir.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, (IYRES) dan diteruskan dengan sesi validasi kandungan Quick Guide yang diketuai oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan 2, (IYRES) serta di bantu oleh penyelidik IYRES. Sesi ini merupakan komitmen berterusan dalam memastikan risalah Quick Guide dapat memberi manfaat secara efektif kepada golongan sasar yang memerlukan.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2025 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.