- Laman Utama
- Berita Terkini
- Penyebarluasan Dapatan Kajian Indeks Belia Malaysia 2024 kepada 17 Ahli Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Belia
Penyebarluasan Dapatan Kajian Indeks Belia Malaysia 2024 kepada 17 Ahli Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Belia

WP PUTRAJAYA, 1 OKTOBER 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian Indeks Belia Malaysia 2024 (IBM’24) Bil.1/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat IYRES, Aras 10, Menara KBS. Mesyuarat ini bertujuan membentangkan dan melaporkan dapatan Kajian Indeks Belia Malaysia 2024 (IBM'24) kepada ahli jawatankuasa teknikal.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES dan dihadiri seramai 17 ahli jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pakar rujuk, ex-officio serta penyelidik IYRES.