- Laman Utama
- Berita Terkini
- IYRES Menyertai Bengkel Responsible Conduct Of Research (RCR) Siri 2 Anjuran YSN-AMS dan AKEPT
IYRES Menyertai Bengkel Responsible Conduct Of Research (RCR) Siri 2 Anjuran YSN-AMS dan AKEPT

NEGERI SEMBILAN, 3-5 OKTOBER 2025 – Bengkel Pelaksanaan Penyelidikan Bertanggungjawab Siri 2 anjuran Young Scientists Network-Academy of Science Malaysia (YSN-ASM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) telah diadakan di AKEPT, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memperkukuh amalan Responsible Conduct of Research (RCR) dalam kalangan penyelidik muda. Melalui sesi interaktif, kajian kes dan perbincangan berkumpulan, peserta diberi pendedahan mendalam berkaitan isu etika, integriti penyelidikan, serta pematuhan terhadap peraturan dan garis panduan penyelidikan.
Program ini turut menyediakan ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan menangani dilema penyelidikan secara kolektif. Wakil IYRES telah dihadiri oleh Pn. Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik Kanan dan Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor, Eksekutif Penyelidik.