- Laman Utama
- Berita Terkini
- Penyertaan IYRES Di Kuala Lumpur Peace Conference 2025
Penyertaan IYRES Di Kuala Lumpur Peace Conference 2025

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Kuala Lumpur Peace Conference 2025 telah berlangsung di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, menghimpunkan para pemimpin, sarjana, dan pengamal dari seluruh Asia Tenggara serta rantau lain bagi membincangkan usaha memperkukuh keamanan serantau.
Bertemakan “Malaysia Menerajui Kewujudan Aman Asia Tenggara: Menyemai Keamanan, Membentuk Masa Hadapan,” persidangan ini dianjurkan oleh IMAN Research dengan kerjasama The Nippon Foundation selaku penganjur utama, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya sebagai rakan akademik, serta Institut Pengajian Antarabangsa dan ASEAN, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) sebagai rakan strategik.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Takashi Arikawa, Pengarah Eksekutif the Nippon Foundation.
Persidangan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh dialog, kerjasama dan perkongsian strategik merentasi sempadan, dalam usaha membina masa depan yang aman dan lestari untuk rantau Asia Tenggara.