kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kursus Asas Penyelidikan Dan Analisis Data Kualitatif

Image

PUTRAJAYA, 8–9 Oktober 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui Pelan Operasi Latihan,IYRES telah menganjurkan Kursus Asas Penyelidikan dan Analisis Data Kualitatif bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Aras 10, Menara KBS.

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuh kemahiran penyelidikan dalam kalangan penyelidik IYRES dengan mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan ketepatan hasil penyelidikan.

Kursus ini telah menampilkan YBrs. Prof. Madya Sr. Dr. Siti Uzairiah Mohd Tobi, Pensyarah Kanan dari Fakulti Kecerdasan Buatan (AI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, sebagai penceramah jemputan.

Sepanjang sesi, peserta diberikan pendedahan menyeluruh berkaitan asas dan teknik pembinaan instrumen kualitatif serta latihan hands-on menggunakan perisian NVivo 15, bagi membantu penganalisisan data secara lebih sistematik dan efisien.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2025 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.