- Laman Utama
- Berita Terkini
- IYRES Ungguli Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi Kategori Agensi KBS Tahun 2025
IYRES Ungguli Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif bagi Kategori Agensi KBS Tahun 2025
PUTRAJAYA, 12 November 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) terus membuktikan keupayaan dan kreativiti apabila muncul sebagai juara Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi Kategori Agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat KBS Tahun 2025.
Kejayaan ini diraih melalui Kumpulan Der Forscher IYRES yang mempersembahkan projek “Sistem Dashboard Belia” di bawah kategori inovasi penambahbaikan, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00. Tempat kedua dimenangi oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan, manakala Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) meraih tempat ketiga dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000.00 dan RM2,000.00.
Majlis sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS. Beliau turut menyampaikan ucapan perasmian dan menyuntik semangat kepada semua warga KBS agar terus berinovasi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
