Accessibility Tools

Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/2025 Peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi

PUTRAJAYA, 22 APRIL 2025 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/ 2025 Siri 3 peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi  (KJA) telah selesai dilaksanakan di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan bagi memantau pencapaian pelaporan program belia di peringkat KJA. 
 
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan Puan Wan Suriani Wan Jamal, Eksekutif Penyelidik, IYRES yang melibatkan penyertaan seramai 52 Focal Point yang dilantik mewakili 15 Kementerian, Jabatan/Agensi/NGO.
 
Pelaksanaan bengkel secara berkala ini membolehkan peserta merekod serta mengemas kini maklumat pelaporan program/aktiviti bagi Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul-modul dalam sistem bagi memastikan pengurusan program dan data belia lebih efisien dan teratur.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
434980
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List