Accessibility Tools

Kursus Asas Penyelidikan Dan Analisis Data Kualitatif

 PUTRAJAYA, 8–9 Oktober 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui Pelan Operasi Latihan,IYRES telah menganjurkan Kursus Asas Penyelidikan dan Analisis Data Kualitatif bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Aras 10, Menara KBS.

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuh kemahiran penyelidikan dalam kalangan penyelidik IYRES dengan mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti dan ketepatan hasil penyelidikan.

Kursus ini telah menampilkan YBrs. Prof. Madya Sr. Dr. Siti Uzairiah Mohd Tobi, Pensyarah Kanan dari Fakulti Kecerdasan Buatan (AI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, sebagai penceramah jemputan.

Sepanjang sesi, peserta diberikan pendedahan menyeluruh berkaitan asas dan teknik pembinaan instrumen kualitatif serta latihan hands-on menggunakan perisian NVivo 15, bagi membantu penganalisisan data secara lebih sistematik dan efisien.

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
434967
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List