Accessibility Tools

Semakan panggilan PLKN 3.0 Siri 2 mulai hari ini, program bermula 11 Mei

KUALA LUMPUR: Semakan panggilan kemasukan pelatih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 boleh dibuat mulai hari ini.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan, berkata semakan boleh dibuat menerusi menerusi laman sesawang rasmi jabatan itu di https://jlkn.mod.gov.my/.

Katanya, seramai 550 pelatih dijangka terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini.

"Latihan akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.

"Sepanjang program, pelatih akan mengikuti modul latihan yang merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan," katanya.

Tambahnya, antara kandungan Latihan Asas Ketenteraan termasuk kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI serta latihan kepimpinan.

Sementara itu, modul Komponen Kenegaraan pula memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri, semangat patriotisme dan usaha memperkukuh perpaduan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PLKN 3.0 Siri 2/2025 boleh menghubungi JLKN di talian 03-40133613 atau 03-40133618 (Unit Pelatih), atau emel ke info.jlkn@mod.gov.my.

PLKN 3.0 yang diperkenalkan semula sebagai program nasional berfokuskan pembangunan belia secara holistik, dilihat selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan memiliki semangat kenegaraan yang tinggi.

Sumber: Berita Harian

Pautan: Semakan panggilan PLKN 3.0 Siri 2 mulai hari ini, program bermula 11 Mei

 

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
434978
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List