Accessibility Tools

Senarai Pengumuman

Peluang Kerjaya IYRES

 
 
 
PELUANG KERJAYA

Sertai IYRES.

Penolong Eksekutif Penyelidik Gred S5

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

1 KEKOSONGAN CONTRACT FOR SERVICE
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
30 NOVEMBER 2026
Sebelum atau pada jam 2.00 petang

Peluang Kerjaya IYRES

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), merupakan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempelawa warganegara Malaysia yang memiliki ciri modal insan berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.

Maklumat Jawatan

JAWATAN
Penolong Eksekutif Penyelidik Gred S5
KEKOSONGAN
1 Kekosongan
GAJI PERMULAAN
RM1,650.00
TARAF JAWATAN
Contract for Service

Syarat Utama Lantikan

Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
Taraf Jawatan Contract for Service

Kelayakan & Gaji Permulaan

 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki salah satu kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan seperti berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
GAJI PERMULAAN
RM1,650.00
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
GAJI PERMULAAN
RM1,650.00
Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
GAJI PERMULAAN
RM1,650.00
Diploma dalam Bidang Berkaitan
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GAJI PERMULAAN
RM1,893.00
Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab membantu menguruskan dan melaksanakan program/projek belia termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.

Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Permohonan dan Kaedah Pelaksanaan

 
1
Lengkapkan Borang Permohonan
Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Pekerjaan: Penolong Eksekutif Penyelidik.
Format Microsoft Word (.doc). Sila muat turun dan lengkapkan borang permohonan.
2
Sediakan Dokumen Berkaitan
Sila kemukakan resume terkini berserta gambar berukuran pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip.
Semua salinan sijil tersebut perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
3
Pastikan Maklumat adalah Tepat
Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah, tidak benar atau memanipulasi maklumat dalam borang permohonan.
Maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.
4
Proses Tapisan dan Saringan
Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
5
Status Permohonan
Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
6
Sediakan Sampul Surat Permohonan
Permohonan hendaklah dihantarkan ke dalam sampul surat dan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan ditulis dengan huruf besar:
JAWATAN KOSONG: PENOLONG EKSEKUTIF PENYELIDIK
7
Hantar Permohonan Secara Hardcopy
Permohonan secara hardcopy dengan serahan tangan atau pos laju sahaja yang akan diterima.
Salinan permohonan secara atas talian tidak akan dilayan.
8
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 30 NOVEMBER 2026 sebelum atau pada jam 2.00 petang.
Alamat Penghantaran Permohonan
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 10, Menara KBS
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA

(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)
Perhatian

Hanya pemohon yang melepasi saringan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Berminat untuk menyertai IYRES?
Pastikan permohonan lengkap dikemukakan sebelum tarikh tutup.
MUAT TURUN IKLAN PENUH   →
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) • Kementerian Belia dan Sukan

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
541900
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List