kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENERIMAAN BELIA TERHADAP PORTAL BERITA DALAM TALIAN

Penerbitan dalam talian semakin berkembang selari dengan perkembangan internet. Masyarakat mula beralih kepada pembacaan portal berita dalam talian untuk membaca berita. Peralihan ini dipengaruhi oleh faktor prominen iaitu mempunyai sesuatu elemen yang menonjol seperti reka bentuk, topik dan sebagainya yang menarik perhatian pembaca untuk membaca portal tersebut. Maklumat di medium baru ini sentiasa dikemas kini supaya pembaca tidak perlu tertunggu-tunggu untuk mendapatkan berita terkini. Namun begitu, timbul beberapa persoalan tentang kredibliti portal berita dalam talian kerana sifat internet yang mudah diakses iaitu sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang maklumat tanpa melakukan penelitian ke atas maklumat tersebut. Berbeza dengan akhbar yang perlu melalui proses editorial dan gatekeeping yang ketat sebelum disiarkan. Walaupun menyedari hakikat ini, pembaca tetap memilih portal berita dalam talian. Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis berita dalam talian yang menjadi pilihan belia dan mengenal pasti perkaitan faktor prominen dengan penerimaan belia terhadap berita dalam talian. Teori yang menjadi asas dalam penyelidikan ini ialah Teori Prominen-Interpretasi. Penyelidikan telah dijalankan ke atas 400 orang responden daripada empat (4) buah Universiti Awam di Selangor iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan maklumat yang kerap dibaca oleh responden adalah berita jenayah, hiburan dan politik. Selain itu, ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor prominen terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh belia. Analisis menunjukkan bahawa sekiranya belia mempunyai pengalaman dengan portal berita dalam talian dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan tugasan yang memerlukan mereka mencari berita melalui portal, maka mereka akan menerima portal berita dalam talian. Oleh itu, faktor prominen perlu dipertingkatkan pada portal berita dalam talian terutamanya faktor reka bentuk dan topik yang sesuai dengan minat pembaca untuk menarik perhatian mereka.

Kata Kunci : Portal Berita Dalam Talian, Belia, Kredibliti

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.