kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sistem e-Perolehan IYRES

PENGENALAN 

Sistem e-Perolehan IYRES (https://www.tenderwizard.my/IYRES) merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal untuk menawarkan bekalan, perkhidmatan dan kerja kepada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui atas talian (internet). Ia adalah meliputi tawaran perolehan secara tender, sebut harga dan kajian pasaran yang akan dikeluarkan oleh IYRES.

Sistem e-Perolehan IYRES menggunakan platform Tender Wizard selaku penyedia perkhidmatan (service provider). Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem e-Perolehan IYRES ini adalah meliputi:

Pendaftaran pembekal dan pembayaran secara atas talian.
Pembelian dokumen tender/ sebut harga dan pembayaran secara atas talian.
Memproses dan menyerahkan tawaran tender / sebut harga/ kajian pasaran secara atas talian.
Penyaluran maklumat (contoh kenyataan tawaran, pembukaan, keputusan) melalui email yang telah didaftarkan.

PELAKSANAAN

Pada peringkat awal pelaksanaan Sistem e-Perolehan IYRES (secara berperingkat), kenyataan tawaran bagi tender, sebut harga dan kajian pasaran yang dipaparkan akan menyatakan secara jelas kaedah perolehan samada melalui Sistem e-Perolehan IYRES. Pembekal boleh membuat semakan dari semasa ke semasa ke atas kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga/ kajian pasaran.

DAFTAR PEMBEKAL

Pembekal perlulah berdaftar dengan Sistem e-Perolehan IYRES bagi membolehkan pembekal untuk menyertai tawaran tender/ sebut harga/ kajian pasaran yang ditawarkan oleh IYRES serta memperolehi kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan. Pembekal perlu memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat berserta dokumen sokongan (yang berkaitan) bagi memastikan ketepatan maklumat. IYRES berhak untuk disable pembekal yang telah berdaftar sekiranya didapati maklumat yang dibekalkan adalah tidak sahih dan tidak tepat. Setiap pendaftaran adalah sah laku bagi tempoh satu tahun (12 bulan) daripada tarikh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran adalah secara tahunan. Kenaan caj adalah sebanyak RM150.00 setahun oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

PENJUALAN DOKUMEN TENDER/ SEBUT HARGA/ KAJIAN PASARAN

Pembekal boleh mendapatkan dokumen perolehan secara atas talian bagi tawaran tender/ sebut harga/ kajian pasaran yang melalui Sistem e-Perolehan IYRES. Harga dokumen tersebut adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan di dalam Kenyataan Tawaran (sekiranya ada).

PENAWARAN PEROLEHAN

Pembekal yang berjaya menerima tawaran perolehan pembekalan/ perkhidmatan/ kerja melalui Sistem e-Perolehan IYRES akan dikenakan fi perkhidmatan daripada nilai tawaran tertakluk kepada kadar dan had maksimum yang ditetapkan. Fi perkhidmatan berkaitan adalah kenaan caj oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

KENYATAAN TAWARAN, PEMBUKAAN DAN KEPUTUSAN TENDER/ SEBUT HARGA/ KAJIAN PASARAN

Pembekal yang telah berdaftar melalui Sistem e-Perolehan IYRES akan menerima pemakluman kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga / kajian pasaran melalui emel yang telah didaftarkan. Bagi pembekal yang belum berdaftar, kenyataan tawaran tender/ sebut harga/ kajian pasaran boleh disemak melalui pautan IKLAN SEBUT HARGA/TENDER TERKINI

UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI

Unit Kewangan & Perolehan,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 PUTRAJAYA
Tel: 03-88713795/ 03-88713400
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Untuk Bantuan Teknikal (Sistem Tenderwizard): Tel: 03-7962 7819 / 03-7962 7957/ 03-7962 7947 Pautan ke Sistem e-Perolehan IYRES : https://www.tenderwizard.my/IYRES

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.