kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PROMOSI SEMINAR PENYELIDIKAN BELIA KEBANGSAAN 2019 (YOURS’19) TERUS DIPERLUAS

1008

KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2019 – Promosi Seminar Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2019 (YOURS’19) terus diperluaskan lagi apabila Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) berpeluang untuk muncul dalam program Selamat Pagi Malaysia TV1 pada 10 Ogos 2019. IYRES yang diwakili oleh Puan Ts. Syariffanor Hisham, Pengurus Bahagian Perancangan Penyelidikan berpeluang berkongsi informasi serta maklumat berkaitan penganjuran YOURS’19.

Puan Ts. Syariffahnor Hisham turut berkongsi mengenai tema penganjuran YOURS’19 iaitu Kesejahteraan Belia Harapan Masa Depan serta syarat-syarat penyertaan YOURS’19. Program yang dikendalikan oleh Shareen dan Margaret ini turut mendapatkan pandangan beliau berkaitan perkembangan teknologi masa kini dan kesannya terhadap perkembangan belia.

IYRES turut meletakkan harapan agar penganjuran YOURS’19 ini dapat dimanfaatkan oleh semua pemegang taruh belia ke arah kesejahteraan belia Malaysia masa hadapan.

Disediakan oleh:
[Muhammad Hadi Muhammad Nafis][hadi[at]iyres.gov.my]

Disunting oleh:
[Zuarini Jumai][zuarini[at[iyres.gov.my]

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.