kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pengetahuan Golongan Belia Terhadap Pendekatan Islam Hadhari

Objektif kertas ini ialah untuk mengkaji pengetahuan golongan belia terhadap pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sejak 2003. Pensampelan terdiri daripada 1000 orang responden yang dipilih di kalangan belia berumur 19 hingga 30 tahun. Data dikumpulkan daripada borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Pengetahuan responden tentang Pendekatan Islam Hadhari diukur menggunakan empat Skala Likert iaitu, Sangat Setuju (4), Setuju (3), Tidak Setuju (2) dan Sangat Tidak Setuju (1). Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang pendekatan Islam Hadhari. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan pengetahuan di kalangan responden berdasarkan etnik dan terdapat perkaitan yang signifikan antara umur dan pengetahuan responden terhadap pendekatan ini.

Kata kunci:Pengetahuan, Pendekatan Islam Hadhari, Belia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.